Anjakan fungsi Adaptasi

Adaptasi dan fungsi ialah dua segi dalam satu masalah. Julian Huxley [46]

Pra-adaptasi

Ini berlaku apabila sesebuah spesies atau populasi mempunyai ciri-ciri yang (secara kebetulannya) sesuai untuk keadaan yang belum timbul. Misalnya, rumput poliploid Spartina townsendii lebih tersuai dengan habitat rawang masin dan kukup berbanding kedua-dua spesies induknya (Spartina maritima dan Spartina alterniflora).[47] Sementara itu, ayam White Leghorn jauh lebih daya tahan kekurangan vitamin B berbanding baka lain.[48] Jika diberi makanan kaya tiada bezanya, tetapi diberi makanan terhad pula maka pra-adaptasi ini menjadi penentunya.

Pra-adaptasi mungkin berlaku kerana fenomena alam membanyakkan kebolehubahan genetik.[49] Contohnya, dalam sel eukariot diploid, inilah kesan sistem pembiakan seks yang menyaksikan alel mutan mendapatkan perlindungan separa oleh kebaikan terpilih heterozigot. Mikroorganisme yang berribu-juta populasinya juga membawa kebolehubahan genetik yang besar.

Bukti uji kaji pertama mengenai sifat pra-adaptasi pembolehubah genetik dalam mikroorganisme disumbangkan oleh Salvador Luria dan Max Delbrück yang membangunkan analisa turun naik, iaitu kaedah menunjukkan turun naik perubahan genetik sedia ada secara rambang yang memberikan kekalisan virus bakteriofaj kepada bakteria Escherichia coli.